type='text/javascript'/>

Zihar

Definisi

    Zihar ialah apabila seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan.


Hukum

    Zihar hukumnya haram. Ini bermakna lelaki yang menziharkan isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang halal. Perbuatan zihar sekali imbas dapat dilihat seakan-akan ila’ kerana kedua-duanya adalah satu pernyataan untuk tidak bersetubuh dengan isteri dan persetubuhan hanya boleh dilakukan setelah membayar kifarat (denda).


Bentuk

Zihar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

1. Zihar mutlak seperti kata suami kepada isterinya, “Kamu seperti ibu aku” atau “Hidung kamu seperti hidung ibu aku”.
2. Zihar secara taklik seperti kata suami kepada isterinya, “Kalau kamu pakai blouse tu, aku nampak kamu macam adik perempuanku”.
3. Zihar sementara seperti kata suami kepada isteri, “Pada bulan puasa, kamu macam ibuku”.


Implikasi

    Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).


Kifarat

Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:

1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak          beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.

Tidak ada komentar: