type='text/javascript'/>

Cerai Khuluk

Definisi

    Khuluk bermaksud tebus talak iaitu perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu yang mesti dijelaskan oleh pihak isteri. Ini berlaku dalam keadaan suami enggan menceraikan isterinya sedangkan isteri tidak boleh lagi hidup bersama suami dan suami hanya menceraikan isteri dengan khuluk. Maka, jika kadar tebusan dipersetujui, suami hendaklah melafazkan talak.


Kadar bayaran

    Tiada kadar tertentu yang ditetapkan bagi sesuatu permohonan khuluk. Ianya bergantung kepada persetujuan antara kedua pihak iaitu suami isteri yang ingin bercerai. Kebiasaannya, terdapat suami yang menuntut supaya dibayar dengan jumlah separuh daripada wang hantaran perkahwinan. Namun, ada juga yang meminta dalam jumlah yang sedikit contohnya RM 1.00, RM 2.00 dan RM 5.00.


Permohonan khuluk

    Permohonan bagi mendapatkan cerai khuluk perlu dikemukakan dan kes tersebut akan didaftarkan untuk perbicaraan. Sekiranya pihak suami bersetuju untuk melafazkan khuluk maka perceraian akan didaftarkan.

    Sebaliknya jika suami enggan melafazkan cerai khuluk maka satu jawatankuasa pendamai akan dibentuk. Jika laporan jawatankuasa adalah positif iaitu perdamaian diperolehi maka kes akan ditutup. Sekiranya laporan gagal menunjukkan perdamaian maka Mahkamah Syariah akan memerintahkan suami melafazkan cerai khuluk dan perceraian tersebut akan didaftarkan.


Kesan

    Suami isteri yang berpisah kerana khuluk tidak boleh merujuk kembali walaupun si isteri masih berada di dalam tempoh eddah. Ini adalah kerana khuluk termasuk di dalam kategori talak bain sughra iaitu tidak boleh rujuk tetapi pasangan ini boleh bersama semula sebagai pasangan suami isteri dengan akad nikah baru.

Tidak ada komentar: