type='text/javascript'/>

Iddah

Definisi

    Iddah bermaksud tempoh masa tertentu yang mesti dilalui oleh seseorang wanita selepas berlakunya pembubaran perkahwinan iaitu samada:

      Suami meninggal dunia.
      Diceraikan oleh suami secara talak, fasakh, khuluk atau takliq.


Tempo Iddah

    Tempo-tempo iddah berbeda mengikut jenis perceraian dan keadaan wanita yang dibubarkan perkahwinannya tersebut iaitu:
 
1. Iddah wanita yang hamil ialah tamat tempoh kandungannya itu samada secara kelahiran biasa atau keguguran, samada ia perempuan yang diceraikan atau kematian suami.
2. Iddah perempuan yang masih didatangi haid ialah sebanyak tiga kali suci.
3. Iddah bagi perempuan yang haidnya tidak normal, telah putus haid atau belum kedatangan haid maka eddahnya ialah tiga bulan.
4. Iddah perempuan yang kematian suami dengan syarat dia tidak hamil maka eddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Sekiranya dia kematian suami dan dia pula hamil maka eddahnya ialah melahirkan anak kandungan tersebut (rujuk no. 1).

    Namun, bagi perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak pernah disetubuhi suaminya kemudian diceraikan oleh suaminya itu maka perempuan itu tidak perlu bereddah. Tetapi, dia wajib beriddah selama empat bulan sepuluh hari sekiranya suaminya itu meninggal dunia walaupun tidak pernah disetubuhi oleh suaminya.


Tidak ada komentar: