type='text/javascript'/>

Undang-Undang Kekeluargaan Islam Di Malaysia

Undang-undang Kekeluargaan Islam di Malaysia adalah suatu undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya. Ianya dinyatakan sendiri di dalam tajuk ringkas Undang-undang Kekeluargaan Islam iaitu, "suatu akta bagi mengkanunkan peruntukan-peruntukan tertentu Undang-undang Keluarga Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain perkara berkaitan dengan kehidupan keluarga."

    Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada Undang-undang Kekeluargaan yang terdapat di setiap negeri seperti di bawah:

01. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor, No. 5/1990
02. Enakmen Keluarga Islam Kedah, Bil. 1/1984
03. Enakmen Keluarga Islam Kelantan, No. 1/1983
04. Enakmen Keluarga Islam Melaka, No. 8/1983
05. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, No. 7/ 1983
06. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang, No. 3/ 1991
07. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak, Bil. 13/1991
08. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Perlis, Bil. 4/1992
09. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang, Bil. 2/1985
10. Undang-undang Keluarga Islam Sabah, No. 15/1992
11. Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak, No. 5/1991
12. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No. 4/1984
13. Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu, Bil. 12/1985
14. Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984 (A303) pindaan (A828).

    Kesemua Undang-undang Kekeluargaan Islam di atas memperuntukkan hak-hak yang boleh diperolehi dan juga tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh setiap individu. Undang-undang ini juga memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan serta hukuman yang boleh dikenakan.

    Secara terperinci, klasifikasi bab dibahagikan seperti berikut:

01. Perkahwinan.
02. Pendaftaran perkahwinan.
03. Penalti dan pelbagai peruntukan berhubung dengan akad nikah.
04. Pembubaran perkahwinan.
05. Nafkah isteri dan anak.
06. Penjagaan anak.
07. Penalti / kesalahan.

    Hak-hak yang boleh diperolehi melalui undang-undang tersebut pula dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu:

01. Hak sebelum perkahwinan.
02. Hak semasa tempoh perkahwinan.
03. Hak selepas tempoh perkahwinan.


Disediakan oleh Unit Guaman Syarie, RDS Mawaddah Consultancy Centre.

Tidak ada komentar: