type='text/javascript'/>

Wali hakim

Wali hakim ialah wali yang ditauliahkan oleh pihak berkuasa negeri untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali nasab. Wali nasab pula ialah wali asal yang berhak ke atas diri si gadis iaitu bapa atau datuk sebelah bapa. Sekiranya bapa atau datuk tiada maka kuasa wali tersebut akan jatuh kepada saudara-saudara lelaki dari sebelah bapa.

    Tidak semua individu lelaki berhak menjadi wali hakim. Status wali hakim hanya boleh diperolehi oleh sebahagian kaum lelaki sahaja yang menurut pandangan pihak berkuasa negeri mempunyai kelayakan-kelayakan tertentu. Mereka ini akan ditauliahkan dan diberi pengiktirafan sebagai wali hakim dan boleh menjadi wali kepada pengantin perempuan yang mempunyai masalah wali.

    Perkahwinan-perkahwinan yang memerlukan wali hakim ialah:

1. Apabila pengantin perempuan tidak mempunyai wali nasab.
2. Wali mujbir menunaikan haji atau umrah.
3. Wali mujbir sengaja enggan mewalikan perkahwinan “tanpa alasan yang munasabah di sisi syarak”.
4. Perkahwinan yang melibatkan pengantin adalah anak tidak sah taraf.
5. Pengantin perempuan adalah saudara baru dan tidak mempunyai wali nasab.
6. Wali nasab ghaib dan tidak dapat dihubungi serta tidak pasti hidup atau mati.

    “Tanpa alasan yang munasabah di sisi syarak” bermaksud wali melarang perkahwinan anak jagaannya kerana alasan yang lebih mementingkan kepentingan duniawi semata, contohnya kerana bakal suami si anak tidak berpendidikan tinggi seperti anak gadisnya, bakal suami bukan daripada golongan berharta dan lain-lain.

Tidak ada komentar: